Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
May 2024
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Calendar Calendar

Latest topics
» Biodata Iblis Laknatullah
Khaulah binti Al-azwar- Mujahidah Sejati EmptyThu Feb 28, 2013 10:23 am by bilis

» I want INFORMATIONS about MICET-unikl...Please HELP
Khaulah binti Al-azwar- Mujahidah Sejati EmptyFri Jun 04, 2010 7:46 pm by imtiaz

» I want INFORMATIONS about MICET-unikl...Please HELP
Khaulah binti Al-azwar- Mujahidah Sejati EmptyFri Jun 04, 2010 7:45 pm by imtiaz

» I want INFORMATIONS about MICET-unikl...Please HELP
Khaulah binti Al-azwar- Mujahidah Sejati EmptyFri Jun 04, 2010 7:42 pm by imtiaz

» http://seharum.aromaserai.com
Khaulah binti Al-azwar- Mujahidah Sejati EmptyWed Mar 10, 2010 9:20 am by seharum

» ada sape2 dah install windows 7?
Khaulah binti Al-azwar- Mujahidah Sejati EmptyTue Jan 26, 2010 4:48 pm by azhar^fightcar

» DEBAT 1: FINANCE OOOOO FINANCE
Khaulah binti Al-azwar- Mujahidah Sejati EmptyTue Jan 26, 2010 4:39 pm by azhar^fightcar

» DEBAT 2: RESULT PERIKSA JATUH...SALAH SIAPA?
Khaulah binti Al-azwar- Mujahidah Sejati EmptyTue Jan 26, 2010 4:37 pm by azhar^fightcar

» The Other Khairul
Khaulah binti Al-azwar- Mujahidah Sejati EmptySat Nov 28, 2009 2:20 am by mykhairul90

» Suara Anak Muda
Khaulah binti Al-azwar- Mujahidah Sejati EmptyFri Aug 07, 2009 8:35 am by ahmadytiryaq

RSS feeds


Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 


Poll

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SESI JANUARI 2009:BAGAIMANA KEPUTUSAN CGPA ANDA?

Khaulah binti Al-azwar- Mujahidah Sejati Vote_lcap50%Khaulah binti Al-azwar- Mujahidah Sejati Vote_rcap 50% [ 4 ]
Khaulah binti Al-azwar- Mujahidah Sejati Vote_lcap50%Khaulah binti Al-azwar- Mujahidah Sejati Vote_rcap 50% [ 4 ]
Khaulah binti Al-azwar- Mujahidah Sejati Vote_lcap0%Khaulah binti Al-azwar- Mujahidah Sejati Vote_rcap 0% [ 0 ]

Total Votes : 8

Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 30 on Sat Mar 04, 2023 12:31 am

Khaulah binti Al-azwar- Mujahidah Sejati

 :: HAL-HAL SEMASA :: UMUM

Go down

Khaulah binti Al-azwar- Mujahidah Sejati Empty Khaulah binti Al-azwar- Mujahidah Sejati

Post  ahmadytiryaq Sat Jul 04, 2009 11:26 pm

Khaulah binti Al-azwar- Mujahidah Sejati

Sedarilah bahawa peranan Muslimat dalam menegakkan agama Allah tidak terbatas hanya pada aktiviti dalam rumah sahaja. Akan tetapi, bila mana tugas seharian sudah selesai, muslimat boleh berjuang ke tengah masyarakat dalam apa jua bidang yang mampu asalkan tidak melanggar hukum syariat.

Marilah kita sama-sama merenungi dan menginsafi bagaimana seorang tokoh mujahidah Islam yang berani kerana agama Allah, Khaulah binti Azur. Masih adakah muslimat masa kini yang berani berjuang kerana Allah seperti beliau???

Khaulah memiliki kekuatan jiwa dan fizikal yang kuat. Susuk tubuhnya tinggi lampai dan tegap. Sejak kecil beliau sudah pandai bermain pedang dan tombak. Rasulullah s.a.w. telah membenarkan Khaulah menyertai angkatan peperangan muslimin bersama-sama mujahidah yang lain.

Ketangkasan Khaulah telah menggemparkan angkatan muslimin dalam peperangan menentang kafir Rom. Khaulah dengan pakaian serba hitam yang menyelubungi seluruh tubuhnya telah meluncur dengan kudanya ke tengah medan peperangan. Sekilas pandang sahaja, tiga musuh menyembah bumi. Khaulah ibarat singa lapar menerkam mangsa.

Panglima tentera Khalid Ibnu Walid serta seluruh angkatan perang tercengang melihat ketangkasan Khaulah. Mereka tertanya-tanya siapakah pejuang tersebut yang kelihatan hanya dua biji matanya sahaja. Semangat jihad muslimin mula ercabar dan membakar serta lebih bersemangat apabila mengetahui seorang wanita (Khaulah binti Azur) mampu berbuat demikian. Tentera muslimin terus menggempur musuh yang berlipat kali ganda sehingga meraih kemenangan mutlak. Bukan sahaja bliau seorang wanita yang berani, malah telah memainkan peranan penting dalam kemenangan kepada Islam .

Keberanian Khaulah sekali lagi terbukti apabila beliau dan beberapa mujahidah lain ditawan dalam peperangan Sahura. Mereka dikurung an dikawal rapi selame beberapa hari. Walaupun agak mustahil untuk melepaskan diri, namun Khaulah tidak mahu menyerah kalah kerana jiwanya sentiasa hidup. Beliau sering mengeluarkan kata-kata semangat kepada rakan-rakannya.

"Wahai sahabat-sahabatku yang sedang berjuang di di jalan Allah, apakah saudari semua sanggup menjadi tukang-tukang picit orang Rom? Apakah saudari sanggup menjadi hamba orang-orang kafir yang dilaknati? Relakah saudari dihina dan dicaci maki oleh bangsa Rom yang durjana itu? Dimanakah letaknya harga diri saudari sebagai seorang pejuang yang rindukan syurga Allah? Dimanakah letaknya kehormatan saudari sebagai seorang Islam yang bertaqwa? Sesungguhnya mati itu lebih bagi kita daripada menjadi hamba-hamba orang Rom."

Khaulah terus menerus membakar semangat rakan-rakannya. Akhirnya mereka sebulat suara mnentang pengawa-pengawal yang mengawal mereka. Khaulah dan rakan-akannya rela mati syahid jika gagal melarikan diri. Mereka semua bertaubat dan berdoa bersungguh-sungguh agar datangnya bantuan. Sebelum mara Khaulah menyampaikan maklumat kepada rakan-rakannya: "Janganlah saudari sekali-sekali gentar dan takut. Kita semua harus bersatu dalam perjuangan dan jangan ada yang terkecuali. Patahkan tombak mereka, hancurkan pedang mereka, perbanyakkan takbir serta kuatkan hati. Insya"Allah pertolongan Allah sudah dekat."

Berkat keyakinan, mereka berjaya menghapuskan pengawal-pengawal dan melepaskan diri dari kurungan tersebut. Beginilah cara hidup dan sikap yang harus terkubur dalam sanubari serikandi yang solehah. Walaupun kita sedari muslimat masa kini tidak perlu mengangkat senjata, akan tetapi terlalu banyak perkara yang wajib ditentang dan diperbetulkan.

BANGUNLAH!!! Muslimat sekalian, mengapa masih lena di siang hari? Keyakinan dan keberanian Khaulah mesti dicontohi ketika berjuang ditengah masyarakat menentang arus jahiliah. Akhawat sekalian, sedarlah bahawa sudah tiba masanya untuk kalian meningkatkan lagi keberanian dan keyakinan dalam menentang segala kemaksiatan yang melibatkan kaum wanita hari ini.
[ Arkib Sirah ]
ahmadytiryaq
ahmadytiryaq

Number of posts : 88
Registration date : 10/06/2009

Back to top Go down

Back to top


 :: HAL-HAL SEMASA :: UMUM

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum